Imperial Concentrated Bird’s Nest

imperial box


Sebelum ini tidak ramai yang tahu rahsia mengenai khasiat sarang burung walet (spesis daripada keluarga burung layang-layang). Cuma sejak kebelakangan ini ia mula diketahui umum serta mula mendapat sambutan daripada masyarakat terutamanya masyarakat Melayu. Bagi masyarakat Cina, pengambilan makanan kesihatan yang dihasilkan daripada bahan semula jadi itu sudah lama diamalkan.

Berdasarkan catatan sejarah perubatan Cina, kemujaraban khasiat sarang burung layang-layang ini terbukti sejak beribu-ribu tahun dahulu. Dahulunya ia menjadi santapan eksotik dan eksklusif di raja di China.
Sarang burung ini dikenali sebagai makanan berkhasiat untuk golongan orang yang berkemampuan dan berada. Ini adalah kerana sarang burung layang-layang dijual dengan harga yang mahal di pasaran mengikut gred yang tertentu.

Menurut kajian yang dibuat oleh masyarakat Cina di Beijing mendapati ianya merupakan agen pemutihan kulit yang sangat baik dan juga sangat baik untuk kesihatan mata.
Bagi penghidap asthma, ia juga dikatakan agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru.
Di Indonesia, terdapat laporan yang mengatakan sarang burung walet ini juga mampu mengubati kanser dan hepatitis B. Ini kerana sarang burung telah terbukti melalui ujian makmal yang dijalankan mengandungi nutrien2 dan garam mineral seperti glikoprotein, kalsium, zat besi, fosforus, iodin, dan vitamin2 yang lebih mudah diserap oleh badan manusia.

Setakat ini banyak kajian telah mula dijalankan bagi mengkaji khasiat-khasiat lain yang mungkin boleh didapati dalam sarang burung walet ini.
Ia didakwa mampu melancarkan fungsi paru-paru, melegakan batuk, membersihkan darah dan memulihkan tenaga selepas demam. Selain itu, ia mampu memulihkan penyakit asma, menguatkan daya ingatan dan kecergasan minda, menambah daya ketahanan tubuh, melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan kekuatan jantung serta ia boleh dijadikan makanan tambahan bagi melambatkan proses penuaan.

Pada masa kini sarang burung layang-layang ini biasanya di reneh dan di buat sup dengan campuran ginseng, kurma merah dan herba yang boleh didapati dari tabib-tabib cina. Ada juga yang mencampur sarang burung ini dalam sweet corn soup. Semuanya mengikut selera masing-masing.

Tetapi saya telah mencuba sarang burung keluaran LFI yang dijamin bersih dan selamat. Sementelah jadual kerja saya yang agak ketat disamping saya tidak tahu tentang cara penyediaannya yang agak rumit, maka saya rasa cara terbaik adalah dengan mengambil produk yang telah sedia untuk diminum.
Hasilnya agak mengkagumkan. Kalau dahulu saya akan cepat merasa mengah atau letih apabila berjalan agak jauh, sekarang ini Alhamdulillah keadaan sudah jauh berbeza. Dahulunya saya bukanlah seorang yang biasa bangun pagi (morning person), tetapi sekarang alhamdulillah saya berasa lebih ceria dan bertenaga sepanjang hari.




Sarang Burung Mengandungi Zat-Zat Protein ("Water Soluble Glyco Protein") Dan Mineral Yang Kaya Dengan Asid Amino, Karbohidrat, Kalsium, Sodium dan Potassium. Zat-Zat Ini Mempunyai Kesan Yang Amat Berkesan Untuk:

Membantu pertumbuhan sel dalaman badan
Merawat dan menyembuhkan luka kecil serta memperbaiki bahagian sel epidermal kulit
Melawaskan pembuangan hadas kecil
Memperbaiki sistem imunisasi badan
Menyerikan wajah dan melicinkan kulit, mengandungi ejen anti penuaan
Mengurangkan masalah lelah
Membantu mengurangkan batuk dan kahak akibat pengambilan rokok berlebihan
Mengurangkan dan mencegah jangkitan kerongkong
Digunakan untuk menguatkan sistem penghadaman dan juga paru-paru
Menambahkan kesegaran pada badan yang letih
Meningkatkan pengaliran darah dalam badan
Membantu menyahkan lemak dalam badan, untuk badan yang langsing dan jelita
Merangsangkan kecergasan minda
Membantu mengurangkan masalah sukar tidur (insomnia)


Khasiat Imperial Concentrated Bird's Nest

Kembalikan Ketegangan Otot Wajah
Ianya dapat membantu menyerikan wajah dan melicinkan kulit dan bertindak sebagai ejen anti penuaan sekiranya di ambil berterusan

Memulihkan Bahagian Kulit Bermasalah
Membantu merawat dan menyembuhkan luka kecil dan merangsangkan pembaikpulihan bahagian sel epidermal kulit

Memulihkan Tenaga Dan Daya Tahan
Membantu menyegarkan dan memulihkan tenaga
Meningkatkan keupayaan anda melakukan aktiviti harian dengan berkeyakinan

Untuk Badan Yang Langsing Dan Menawan
Mengawal gula dalam badan
Menyahkan lemak dalam badan, untuk tubuh yang langsing dan menawan

Memberikan Kanak-Kanak Kesihatan Yang Sempurna
Sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami batuk berpanjangan
Dapat mengurangkan penyakit lelah yang sering membataskan pergerakan kanak-kanak

Untuk Ibu-Ibu
Amat sesuai untuk ibu-ibu selepas bersalin seperti membantu memulihkan tenaga, mempercepatkan proses penyembuhan luka-luka dalaman juga sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin melalui pembedahan

Lain-Lain
Mempertingkatkan keupayaan dan tenaga seksual
Memperbaiki keinginan bio-seksual secara semulajadi
Membantu lelaki menguatkan buah pinggang dan paru-paru
Khasiat protein yang tinggi dalam sarang burung boleh meningkatkan prestasi seksual secara semulajadi. Ambil satu sudu besar, 2 kali sehari semasa perut kosong di waktu pagi dan sebelum tidur.

SIJIL HALAL

Ramuan Bahan: Sarang burung maharaja putih, gula batu, air RO.

Kandungan: 150ml x sebotol.

Cadangan Pengambilan: Ambil satu sudu besar Imperial Concentrated Bird's Nest, 2 kali sehari semasa perut kosong di waktu pagi dan sebelum tidur. Sejuk dinginkan selepas dibuka dan habiskan dalam masa 14 hari.

Peringatan:
Ini adalah persediaan tradisional yang diformulasikan semula secara moden. Sekiranya simptom berterusan, sila berjumpa doktor
Imperial Concentrated Bird's Nest adalah sebagai makanan kesihatan tambahan
Simpan di tempat yang kering.

 

Copyright © 2008. All rights reserved. This site is optimised for Firefox 1.5.02 and above.